fbpx

Netizen terpegun lihat fenomena ‘cincin asap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cincin asap gunung berapi tular selepas dimuat naik oleh penduduk - Getty

ROM – Satu fenomena ‘cincin asap’ di sebuah gunung berapi di Itali menarik perhatian netizen dan menjadi tular di platform media sosial, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia. 

Gunung Etna mengeluarkan lebih banyak  asap daripada gunung berapi lain.

Ia berlaku disebabkan oleh pembebasan berterusan wap dan gas yang jarang terjadi kepada gunung berapi lain.

Menurut pakar, jisim gas yang meningkat dengan cepat melalui bahagian tengah saluran akan mendorong kepada pembentukan cincin dengan menyelubungi gas dalam pergerakan pusaran. 

Fenomena ini membuatkan penduduk tempatan menamakan gunung berapi itu sebagai ‘Lady of the Rings’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI