fbpx

Lelaki berenang sejauh 20 kilometer demi selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Hiki Hasan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sejauh kira-kira 20 kilometer selepas terjun daripada kapal pukat tunda yang dinaikinya bersama-sama tiga lagi rakan disebabkan panik.

SARATOK – Seorang lelaki berenang sejauh kira-kira 20 kilometer bagi menyelamatkan diri selepas terjun daripada kapal pukat tunda yang dinaikinya bersama-sama tiga lagi rakan disebabkan panik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 10.43 malam tadi itu berlaku apabila kapal mangsa dalam perjalanan dari Kuching ke Beladin mengalami kerosakan pada enjin dan hanyut lalu melanggar tiang jambatan di muara sungai, Kampung Beladin, Meludam.

“Dua orang kru panik dan nekad terjun ke sungai namun seorang daripadanya berjaya menyelamatkan diri berenang ke tebing sungai dan dijumpai oleh orang kampung, manakala seorang lagi mangsa belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selain mangsa yang selamat itu iaitu Fairon Azahar, 39, dua lagi mangsa iaitu Mohd Rahimi Hasan, 30, dan Mohd Asri Zaidi, 27, turut ditemukan selamat di dalam kapal.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang iaitu Mohd Hiki Hasan, 20, segera digerakkan sehingga pukul 1 pagi namun gagal menjumpainya.

Bagaimanapun, beliau berkata ketika pencarian hendak diteruskan pagi tadi, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Belain memaklumkan mangsa yang hilang telah dijumpai.

“Menurut maklumat yang diperolehi, mangsa telah berenang ke seberang sungai berhampiran Ladang Sawit Raja Udang iaitu pada jarak lebih kurang 20 kilometer dari lokasi kejadian,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI