fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di kebanyakan tempat di Semenanjung menjelang petang ini dan dijangka berlarutan sehingga malam.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung yang melibatkan kesemua negeri Pantai Timur, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

“Selain itu, hujan lebat dan ribut petir yang sama juga dijangka melanda bahagian pedalaman dan selatan Sarawak serta pedalaman Sabah.

“Cuaca lembap dan hujan yang dijangka berlaku pada petang ini adalah disebabkan oleh kelompok awan aktif yang dikesan di Perairan Selat Melaka dan Perairan Sarawak iaitu di sekitar Bintulu,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI