fbpx

Suhu 40 darjah Celsius di Kedah, Perlis hingga 1 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu dan tahap dua dengan suhu maksimum harian diantara 35 hingga 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan di bahagian utara Semenanjung sehingga 1 Syawal ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 40 darjah Celsius itu berlaku di keseluruhan negeri Perlis dan Kedah melibatkan Padang Terap dan Baling serta Hulu Perak.

“Dalam pada itu, manakala cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius juga melanda di kebanyakan kawasan di negeri Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, dan Sik serta Seberang Perai Utama dan Timur Laut, Pulau Pinang.

“Malah, cuaca kering dan tiada taburan hujan dikesan di negeri Kedah dan Perlis itu juga dijangka berlarutan sehingga 11 April nanti,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia lagi, cuaca panas pada tahap satu juga berlaku di sekitar Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, dan Batang Padang.

Tambah MetMalaysia lagi, manakala gelombang haba di negeri Kelantan pula sudah beransur pulih apabila kebanyakan kawasan sudah mulai turun ke tahap satu dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 37 darjah Celsius.

“Sementara itu, di negeri Pahang pula, hanya Jerantut dan Maran sahaja yang menerima amaran gelombang panas dengan suhu diantara 37 hingga 40 darjah Celsius itu, manakala Tanah Tinggi Cameron sahaja yang terselamat daripada amaran cuaca panas pada tahap satu iaitu suhu maksimum harian tidak melebihi 27 darjah Celsius.

“Cuaca panas sama berlaku di Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol, Tampin), Melaka (Alor Gajah, Jasin), Johor (Tangkak, Muar, Segamat, Kluang), dan Terengganu (Dungun),” ujar MetMalaysia dalam kenyataannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI