fbpx

Ruhainies sudah kahwin, sekarang berstatus puan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

PETALING JAYA – Nama pelakon Ruhainies sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tular dakwaan kononnya dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama seseorang.

Khabar angin itu timbul menerusi pendedahan yang dimuat naik dalam akaun TikTok Myra Alan, apabila tertera nama pelakon itu yang menggunakan gelaran ‘Mrs’ atau puan, sekali gus memberi bayangan statusnya sebagai isteri orang.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik dalam akaun TikTok tersebut, tertera nama Ruhainies, 31, yang menggunakan gelaran Mrs dalam sebuah urusan perniagaan yang berpangkalan di London, England.

“Nama dia guna iaitu Mrs dan bukannya Ms (Miss). Gelaran Mrs untuk orang yang sudah berkahwin,” kata seorang netizen.

Dalam hantaran sama, pemilik akaun TikTok berkenaan turut memuat naik gambar sebuah kediaman yang dipercayai terletak di London. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kaitan rumah tersebut dengan pelakon berkenaan.

Dalam salah satu komen, netizen turut memberitahu nama perniagaan yang digunakan iaitu NRFMEJ Beauty Ltd. adalah gabungan nama pelakon itu dengan lelaki tersebut.

“Mr. E bekas kekasih. Mereka kerja bersama dan syarikat pun guna gabungan nama berdua,” ujar seorang pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI