fbpx

Dua maut, lapan cedera nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA maut manakala lapan lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli di sini sebentar tadi.

GERIK – Dua maut manakala lapan lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli di sini sebentar tadi.

Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam nahas itu merupakan pasangan suami isteri.

Kejadian sekitar pukul 12.23 tengah hari itu turut mengakibatkan tiga mangsa lain dipercayai anak pasangan berkenaan iaitu seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki kelima-lima mangsa dan sebuah kereta Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi memaklumkan laporan penuh berkaitan kes itu akan dikongsikan bersama media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI