fbpx

Peguam UMNO akan bantu Dr. Akmal – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi dan Dr. Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – UMNO telah mengarahkan peguam dan penasihat undang-Undang mereka untuk membantu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang kini ditahan polis.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini Muhamad Akmal masih ditahan polis untuk proses mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang menjalankan tugas.

“UMNO telahpun meminta Peguam dan Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd. Hafarizam Harun untuk membantu Dr. Akmal,”katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Dr. Muhamad Akmal sepatutnya dijadualkan dipanggil memberikan keterangan di Kuala Lumpur esok, namun ditahan setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Setakat perbualan telefon dengan beliau sebentar tadi, dimaklumkan insya-Allah beliau akan dibebaskan selepas segala keterangan selesai diambil oleh pihak polis,”katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Dr. Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa dirinya kini ditahan di IPD Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan punca beliau ditahan oleh pihak polis.

Dr. Muhamad Akmal turut menegaskan akan tetap dengan pendiriannya dan meminta orang ramai mendoakan agar semua dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI