fbpx

Bukit Aman umum pertukaran 20 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd. Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Mazli Mazlan berkuat kuasa esok.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, arahan pertukaran itu turut membabitkan 20 pegawai kanan yang lain.

“Mohd. Khairi sebelum ini menyandang jawatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Mazli Mazlan pula ditukarkan bagi menyandang jawatan itu menggantikan Mohd. Khairi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut bertukar ialah Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd. Nor ditukarkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Pertukaran turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Thaipul Bahri Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman memangku pangkat Deputi Komisioner.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin ditukarkan ke sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI