fbpx

Tokoh Warisan Kebangsaan, Dr. Mohd Rosli meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Mohd Rosli

KUALA PILAH – Tokoh Warisan Kebangsaan bagi kategori Orang Hidup, Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, 62, menghembuskan nafas terakhirnya akibat jangkitan kuman di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, petang tadi.

Anak bongsunya, Muhammad Hafiz Mohd Rosli, 26, berkata, dia pulang ke rumah bapanya itu di Kampung Dioh selepas dihubungi ibu tirinya kira-kira pukul 4.40 petang semalam yang memaklumkan keadaan bapanya yang longlai serta dalam keadaan berpeluh.

“Saya tinggal berhampiran rumah bapa dan segera ke sana. Sebaik sampai saya hantar bapa ke klinik swasta berhampiran untuk pemeriksaan dan kemudian merujuk kes untuk segera ke hospital.

“Sebaik sampai bapa dimasukkan ke wad kecemasan dan ditidurkan. Sekitar pukul 1 pagi, dia dimasukkan ke wad biasa dan pagi tadi berada dalam keadaan stabil, namun kembali kritikal pada pukul 3 petang tadi dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Ujar Muhammad Hafiz lagi, bapanya yang dalam proses menyiapkan buku berkenaan adat melayu dua negara baru pulang dari Indonesia pada Februari lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dioh Besar selepas isyak ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI