fbpx

‘Raja penyeksaan’ monyet didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macartney berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. – BBC

RICHMOND, VIRGINIA  – Seorang ketua rangkaian global bagi penyeksaan monyet didakwa oleh pendakwa raya persekutuan berhubung penglibatannya dalam video kejam berkaitan haiwan itu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Michael Macartney, 50, atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Seksaan’, didakwa di negeri Virginia atas tuduhan berkomplot untuk menghasilkan  dan mengedarkan video memaparkan penyeksaan dan pembunuhan haiwan.

Dia merupakan salah seorang daripada tiga pengedar utama yang dikenal pasti oleh pasukan BBC Eye semasa siasatan selama setahun terhadap kumpulan penyeksaan monyet sadis.

Macartney mengendalikan beberapa kumpulan sembang dalam aplikasi Telegram untuk peminat aktiviti penyeksaan monyet dari seluruh dunia.

Kumpulan itu berkongsi idea bagi video seksaan yang bakal dihasilkan  seperti membakar monyet hidup-hidup, mencederakan haiwan itu dengan pelbagai alatan termasuk  memasukkannya ke dalam mesin pengisar.

Idea-idea itu kemudian dihantar bersama-sama dengan pembayaran kepada pengeluar  video di Indonesia yang akan melaksanakannya.

Menurut dokumen pertuduhan, Macartney dituduh mengumpul dana daripada kumpulan sembang dan mengedarkan video yang menggambarkan penyeksaan, pembunuhan dan perlakuan sadis secara seksual terhadap haiwan, khususnya monyet remaja serta dewasa. 

Dia dilaporkan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan bersetuju untuk mengaku bersalah atas tuduhan komplot.

Dia berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI