fbpx

Polis cadang sambung reman suami isteri bersekongkol dengan lelaki Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon sambungan reman terhadap pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai membekalkan senjata api kepada lelaki israel, Shalom Avitan yang ditahan 27 Mac lalu.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di sebuah Bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu akan tamat reman pada hari esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah hari reman dibenarkan bergantung mengikut keputusan yang dikeluarkan pihak mahkamah.

“Ya akan (mohon) disambung reman (pasangan suami isteri), jumlah hari reman itu bergantung kepada keputusan diberikan pihak mahkamah,” katanya kepada Kosmo!.

Ulas Razarudin, pihaknya setakat ini tidak merancang untuk menahan ketiga-tiga suspek tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Terdahulu, pasangan tersebut dipercayai membeli senjata di Thailand sebelum jual kepada Shalom.

Shalom ketika ditahan didapati memilik enam pistol terdiri daripada jenis Sig Sauer, Smith & Wesson, Glock dan 200 butir peluru.

Dalam pada itu, siasatan lanjut terhadap pasangan warga tempatan didapati turut memiliki bersama sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz di kediamannya.

Kelmarin, media melaporkan Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 boleh dihukum mati.

Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI