fbpx

PKR Sabah terkawal, dalam perhatian Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika ditemui selepas program Ops Gempur Raya di Shah Alam. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Masalah dalaman kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah telah berada dalam perhatian pimpinan termasuk Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keadaan di negeri tersebut masih terkawal dengan keputusan pihak pimpinan akan dimaklumkan nanti.

“Presiden dalam tempoh membuat rombakan pimpinan negeri dan kita telah selesai di enam negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Selangr.

“Selanjutnya (rombakan pimpinan) di negeri-negeri akan dimaklumkan katanya kepada pemberita selepas Ops Gempur Raya 2024 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pergolakan PKR Sabah apabila 15 ketua cabang PKR menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan sebulat suara menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Sangkar Rasam.

Antara Ketua Cabang yang dikatakan menandatangani SD tersebut adalah Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Papar, Kimanis, Kalabakan, Batu Sapi dan Semporna.

Bagiamanapun, Sangkar menolak wujudnya kemelut dalaman tersebut dan menganggapnya hanya krisis keluarga yang boleh diselesaikan secara bersama. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI