fbpx

PH bincang PRK Kuala Kubu Baharu dalam masa terdekat – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu terkait Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan menyemak tarikh terdekat bagi mesyuarat PH untuk membincangkan mengenai PRK itu.

“Biasanya mesyuarat itu akan memuktamadkan status quo daripada segi parti yang akan bertanding di kawasan itu.

“Kemudian kami akan mendengar parti berkenaan untuk kemuka senarai calon mereka dan persiapan jentera kempen dan logistik,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Ditanya gesaan MCA untuk bertanding di PRK itu, Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI