fbpx

Penjual nasi berlauk kantoi berniaga pagi Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG peniaga ditahan kerana menjual nasi berlauk pada pagi Ramadan kelmarin di Meulaboh kelmarin. - Foto Serambi

JAKARTA  –  Seorang peniaga kedai nasi berlauk ditangkap kerana membuka perniagaannya pada waktu pagi semasa bulan Ramadan, lapor portal berita Serambinews.com hari ini.

Anggota-anggota pentadbiran daerah menangkap peniaga tersebut bersama barang bukti berupa nasi, ikan goreng, gulai dan telur goreng di Meulaboh, Aceh semalam.

Peniaga itu dikenali sebagai NL,  berusia 36 tahun dan merupakan penduduk bukan  Islam.

Bagaimanapun, dia menjual makanan itu kepada warga yang beragama Islam.

Ini menyebabkan dia melanggar peraturan tentang akidah, ibadah dan syiar Islam.

Ketua pentadbiran daerah tempatan, Azim NG berkata, peniaga itu diminta membuat akur janji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

“Hukuman tegas akan dilaksanakan jika dia mengulangi perbuatan tersebut,” kata Azim.  –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI