fbpx

Kesuburan lelaki merosot jika berpanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan di taman berhampiran pusat perniagaan kewangan di Singapura pada 7 April 2022. – AFP

SINGAPURA – Satu kajian mendapati  pendedahan kepada suhu melebihi 30 darjah Celsius boleh mengurangkan bilangan sperma lelaki sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kesan pemanasan global terhadap kadar kesuburan.

Akhbar The Telegraph melaporkan, pasukan  saintis di Singapura memberi amaran kepada lelaki selepas analisis ke atas 818 kaum Adam mengesan kesan cuaca panas terhadap sampel air mani.

Hasilnya mendapati, mereka yang terdedah kepada suhu purata melebihi 29.8 darjah Celsius dalam tempoh tiga bulan sebelum menyediakan sampel, mempunyai risiko 46 peratus lebih tinggi bagi bilangan sperma yang rendah.

Sementara itu, risiko kepekatan sperma rendah melonjak sebanyak 40 peratus.

“Kebiasaannya, penemuan mencadangkan bahawa kualiti sperma berkurangan apabila lelaki mencapai sesuatu usia.

“Namun, apa yang kami dapati dalam kajian ini adalah lelaki dalam tempoh masa pembiakan (prima) mereka iaitu antara 25 hingga 35 tahun adalah yang paling terjejas oleh haba,” kata felo penyelidik di Fakulti Perubatan Yong Loo Lin, Dr. Samuel Gunther.

Tambah Gunther, kajian itu adalah pertama yang melihat kesan haba terhadap kesuburan di kawasan iklim tropika di mana suhu kekal tinggi sepanjang tahun.

“Kajian ini menunjukkan bagaimana pendedahan alam sekitar seperti suhu persekitaran yang tinggi dan tekanan haba boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki,” jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI