fbpx

Gempa bumi kuat gegar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 24 Ogos 2023 menunjukkan loji nuklear TEPCO di Fukushima, timur laut Jepun. – AFP

 

TOKYO – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 menggegarkan rantau Fukushima di timur laut Jepun hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan selepas gempa berlaku. Pusat gempa terletak pada kedalaman 40 kilometer dengan gegaran turut dirasakan di Tokyo.

Pengendali loji nuklear Fukushima, TEPCO berkata, tiada ‘keganjilan’ dikesan di lojinya dan  loji lain di rantau berkenaan. 

Jepun yang merupakan antara negara paling cenderung dilanda gempa bumi, melaksanakan dasar reka bentuk bangunan ketat yang boleh bertahan walaupun dilanda gegaran paling kuat.

Negara memiliki kira-kira 125 juta penduduk itu mengalami  sekitar 1,500 kejadian gempa bumi pada setiap tahun dengan kebanyakannya lemah atau sederhana. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI