fbpx

Bella penat, tak sangka Aliff enggan bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA mengakui penat dan tidak menyangka Aliff akan berubah pendirian enggan bercerai.

KUALA LUMPUR – Lain yang diharap, lain yang berlaku. Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak menyangka suaminya Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini.

Ujar Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia sudah penat untuk menghadapi segala kemelut ini.

“Saya sebenarnya sudah terlalu penat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini.

“Selebihnya saya tidak mahu komen sebab saya dah banyak jawab semalam.

“Saya tak sangka dan ingat semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Bella lagi, perceraian adalah perkara yang paling ditakutinya namun nekad berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi berada dalam keadaan sedemikian.

“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?

“Perceraian adalah perkara yg paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan selama bertahun-tahun.

“Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya lagi.

Hari ini, mahkamah menetap 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Malam tadi Bella mengakui ada bermain cinta dengan pelakon baharu Muaz Zabir pada tahun 2023 atas alasan mahu mencetuskan cemburu Aliff yang ketika itu mempunyai skandal bersama dua wanita. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI