fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian gempa bumi di Hualien, Taiwan hari ini.

Wisma Putra berkata, pihaknya melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi 7.2 magnitud di kawasan berkenaan yang berlaku pukul 7.58 pagi waktu tempatan.

“Setakat pukul 10 pagi, hari ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi tersebut.

“Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas kenyataan itu, Malaysia merakamkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas dalam tragedi gempa bumi tersebut.

Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung terus di alamat 8th Floor, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, Taiwan
atau menghubungi talian +886 2 2713 2626 atau e-mel ke [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI