fbpx

Malaysia, Republik Kyrgyz teroka peluang pelaburan bersama – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika menerima kunjungan dari Zheenbek di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. - IHSAN FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev, di pejabat beliau dekat Putrajaya, semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin kunjungan itu membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara.

“Perbincangan yang amat bermanfaat ini menyaksikan persetujuan bahawa masih terdapat banyak peluang untuk diteroka, terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan dagangan dan pelaburan dua hala,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan penghargaan di atas jemputan dari Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara berkenaan pada Mei depan.

“Moga hubungan kedua-dua negara akan lebih akrab di masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI