fbpx

Elak stres, Shila Amzah belum bersedia jumpa ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA belum bersedia bertemu dengan ibu kandung, Fauziah Sarman bagi meleraikan konflik keluarga yang tercetus sebelum ini. - SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – Belum bersedia bertemu ibu, penyanyi Shila Amzah akur kepada nasihat suami agar fokus terhadap diri sendiri dan kandungan bagi mengelakkan gangguan emosi.

Pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, 34, itu berkata, pengalaman rakan terdekat yang berhadapan masalah akibat stres ketika hamil mendorongnya mengutamakan kesihatan mental.

“Sama sahaja, tiada perubahan, cuma saya mendengar pesanan suami untuk fokus pada diri dan anak dalam kandungan.

“Saya tidak mahu stres kerana mengandung pada usia 30-an memang perlukan ketenangan sebab trauma selepas kandungan kawan terdekat tidak menjadi berikutan tertekan.

“Setiap hari saya fikir jangan pergi dulu walaupun orang kata ini bulan baik untuk perbaiki kekurangan, tetapi hati saya masih belum bersedia berjumpanya.

“Mesej itu memang ada, cuma sangat jarang,” katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Astro Raya 2024, baru-baru ini.

Begitupun, puteri sulung daripada empat bersaudara itu mengakui tanggungjawab sebagai anak terhadap ibunya, Fauziah Sarman, 57, tetap dipenuhi.

“Setiap bulan saya menjalankan tanggungjawab saya, sekadar mengikut kemampuan atas segala yang boleh saya berikan,” ulasnya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada pempengaruh laman sosial, Ubai MZ itu turut terbuka andai ibu mahupun adik-beradik lain ingin datang berkumpul beramai-ramai.

Namun kata Shila, sehingga kini di pihak sendiri belum ada sebarang perancanga untuk memulakan inisiatif sebegitu.

“Saya cuma nak fokus terhadap bayi dan keluarga kecil saya. Saya yakin mereka pun hormati keputusan saya. Kita doa yang baik-baik.

“Saya tak boleh cakap dengan lebih lanjut tapi paling pasti setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmahnya,” katanya.

Kongsi penyanyi lagu Jauh Hati itu, kehidupannya juga semakin tenang apabila dia menyekat segala perkara yang disifatkan sebagai toksik.

Sekitar tahun lalu, Shila yang kini sarat hamil anak kedua terjebak dengan konflik bersama ibu serta dia adiknya, Syada serta Amir Syafiq berkenaan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI