fbpx

Duit raya RM500 kepada penjawat awam Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu akan disalurkan Jumaat ini membabitkan seramai lebih 6,600 penjawat awam melibatkan semua peringkat penjawatan.

“Hasil mesyuarat hari ini, kami bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri yang melibatkan peruntukan lebih RM3 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Prapelancaran Mantai Rayo di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Aminuddin turut berkata, beliau telah menetapkan semua kerja-kerja pengambilan dan korek pasir di sungai dihentikan bermula Isnin ini sehingga 15 April 2024 bagi mengelakkan berlakunya masalah gangguan bekalan air pada musim perayaan.

“Kita khuatiri kadar kekeruhan tinggi, jadi kita berharap pada musim perayaan ini dengan menghentikan kegiatan pengambilan dan korek pasir tersebut dapat mengelakkan kadar kekeruhan air tinggi dan seterusnya bekalan air tidak terjejas,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian keracunan kupang di Port Dickson, beliau memberitahu telah meminta Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut berlaku.

“Saya maklum juga kejadian itu dan terperanjat. Kita sedia maklum Pasir Panjang mengeluarkan kupang dan ia ternakan kita sendiri di Port Dickson, apa yang penting sekarang ini kita mahu ketahui punca masalah itu boleh berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI