fbpx

Anak saudara makan hati, mak cik jutawan wasiat harta kepada pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menyerahkan semua kekayaannya berjumlah €5 juta kepada penjaganya – inews

ROM – Seorang wanita Itali yang tidak mempunyai anak menyerahkan semua kekayaannya berjumlah €5 juta (RM 25.59 juta) kepada penjaganya, menyebabkan 10 anak saudaranya terkejut dengan tindakan itu, lapor laman berita Oddity Central. 

Maria Malfatti, yang merupakan salah seorang ahli keluarga kaya-raya di Rovereto, meninggal dunia pada November tahun lalu pada usia 80 tahun.

Wanita itu memiliki beberapa aset berharga termasuk beberapa unit pangsapuri, bangunan bersejarah di pusat bandar serta sejumlah besar wang simpanan.

Bagaimanapun, Maria tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak untuk mewarisi hartanya.

Enggan mewariskan harta kepada anak-anak saudaranya, Maria sebaliknya memutuskan untuk menyerahkan semua kekayaannya kepada penjaganya.

Tidak jelas bagaimana hubungan antara Maria dan anak saudaranya, namun mereka terkejut apabila mengetahui bahawa pekerja dari Albania tersebut merupakan penerima wasiat Maria.

Mereka kemudian menghubungi peguam, Luca Fedrizzi dan memfailkan kes untuk membekukan harta Maria.

Anak-anak saudara mendiang turut mendakwa dia sudah nyanyuk akibat usianya yang tua, manakala penjaga tersebut mengambil kesempatan.

Hakim kemudian bersetuju membekukan semua aset Maria selepas menilai kebarangkalian ia dieksploitasi adalah tinggi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI