fbpx
Norhazi menunjukkan lemang periuk kera yang dijual di Bazar Ramadan Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Lemang periuk kera jadi sajian eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Bulan Ramadan memberi rezeki buat seorang ibu tunggal apabila lemang periuk kera yang dijual mendapat sambutan yang menggalakkan di Bazar Ramadan Kuala Ping di sini.

Norhazi Muda, 38, berkata, hampir 100 biji lemang periuk kera habis dijual setiap hari sejak 1 Ramadan lalu.

“Permintaan terhadap lemang periuk kera begitu tinggi. Biasanya ia habis dijual tidak sampai dua jam selepas bazar Ramadan beroperasi pada pukul 4 petang setiap hari.

“Begitupun saya mengehadkan maksimum sebanyak 100 biji lemang sehari demi kelesta­rian periuk kera yang hanya boleh didapati di dalam hutan,” katanya ketika ditemui di gerainya di Bazar Ramadan Kuala Ping baru-baru ini.

Norhazi memberitahu, bekalan periuk kera yang diperoleh dari hutan berhampiran Ulu Kasar, Sungai Tong, Setiu.

Ibu tunggal tiga anak itu memberitahu, periuk kera tersebut akan dicuci bersih sebelum dimasukkan beras pulut dan santan. Lemang itu kemudian dikukus selama setengah jam.

“Saya menjual tiga biji lemang periuk kera (sebekas) pada harga RM3 atau RM1 sebiji. Rasanya yang berlemak enak dimakan bersama rendang, serunding atau sambal ikan bilis,” katanya.

Norhazi berkata, ramai pelanggan menyukai lemang periuk kera dan menyatakan hasrat untuk menempahnya pada sambutan Hari Raya ­Aidilfitri nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN