fbpx
ANAK Che Ta yang popular disapa Ecah mengadakan rumah terbuka untuk lapan tetamu jemputan tetapi menu juadah yang disediakan seperti mahu menjamu makan 80 orang.

Jemput 8 tetamu, juadah Ecah macam untuk 80 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CERITA tentang keluarga Rozita Che Wan atau Che Ta memang tidak pernah sepi, adakalanya lucu, sensasi dan sebaliknya. Namun, yang terbaharu, gelagat puteri tunggal Che Ta dengan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana pada majlis rumah terbuka ‘eksklusif’ bersama lapan orang rakan baiknya membuatkan ramai terhibur!

Lucunya, juadah yang terhidang sangat banyak yang boleh menampung seramai 80 orang tetamu.

“Aaisyah ada buat rumah terbuka jemput kawan-kawan dia seramai lapan orang tetapi saya dan Zain tiada di rumah,” kata Che Ta.

Perkara tersebut seterusnya mengundang pelbagai respons lucu yang rata-ratanya mengusik persiapan rumah terbuka Aaisyah sangat hebat meski tetamu kurang 10 orang.

“Tetamu kawan Aaisyah lapan orang tetapi menu seperti untuk 80 orang. Lapan orang? Mai dari Perlis ke?” usik netizen.

Antara juadah yang disediakan ialah laksam, ayam masak merah dan pelbagai pencuci mulut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN