fbpx

Tragedi kepala air: Radius pencarian dua beranak diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba giat mencari baki mangsa dipercayai lemas dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Serdang, hari ini.

SERDANG – Radius pencarian dua beranak yang dikhuatiri lemas di sebuah sungai diperluaskan sehingga enam kilometer di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, usaha itu dilakukan bagi mencari mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Katanya, operasi menyelamat turut dibantu dengan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan baki mangsa.

“Pada hari ini, pasukan penyelamat dibahagikan kepada tiga pasukan. Ketiga-tiga pasukan penyelamat akan membuat pencarian dalam radius enam kilometer.

“Pasukan pencarian turut dibantu unit K9 bersama dua ekor anjing pengesan (Lady dan Cross) dalam misi pencarian ini,”katanya.

Susulan itu, misi diteruskan dengan pencarian isteri mangsa berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Semalam, Kosmo! melaporkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini.

Kejadian tersebut dikejutkan dengan panggilan pada pukul 4.35 petang tadi oleh bapa mangsa.

Pihak bomba dimaklumkan ayah mangsa terdapat tiga orang kanak-kanak (dua lelaki satu perempuan) dan seorang wanita dewasa telah lemas di sungai.

Seorang kanak-kanak lelaki berjaya ditemui dalam keadaan selamat sekitar pukul 5 petang oleh orang awam.

Pada pukul 7.01 malam pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui maut kira-kira 1 kilometer daripada lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI