fbpx

Sempat berbuka puasa sebelum maut rempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat nahas di Jalan Bukit Rambai, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang pekerja kilang sempat berbuka puasa sebelum maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Bukit Rambai, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Syakirin Mohammad Razid, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Batang Tiga ke Bukit Rambai.

“Nahas berlaku apabila sebuah SUV jenis Proton X70 dari arah sama hendak masuk ke simpang kiri rumahnya sebelum tiba-tiba mangsa datang dan merempuh kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, rempuhan itu turut menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang.

“Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai berbuka puasa.

“Mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`