fbpx

Range Rover tanpa AP bernilai lebih RM1 juta disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan kereta mewah yang dirampas oleh pihaknya di MASKargo KLIA baru-baru ini.- Foto JKDM

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terpakai dari luar negara yang dipercayai dibawa masuk tanpa permit import (AP).

Menurut Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail, pihaknnya merampas SUV Range Rover SV Auto bernilai RM1,097,300 di Terminal Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) MASKargo pada pukul 4 petang, 25 Mac lalu.

Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati tiada lesen atau permit bagi barang larangan import bersyarat.

“Kita percaya kenderaan itu diimport tanpa AP dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kenderaan import itu kata beliau perlu mempunyai dokumentasi seperti ditetapkan Bahagian 1, Jadual Kedua, Butiran No.3 (2) Perintah Kastam (Larangan Import) 2023.

Jelasnya, kes itu masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu pengimportan kenderaan motor pasang siap tanpa permit.

Dalam perkembangan berasingan, menerusi Op Bersepadu bersama Zon Tengah Unit III, pihaknya merampas sebanyak 82 gelung besi seberat 323,278 kilogram bernilai RM2.2 juta termasuk duti import.

Norlela berkata, rampasan dibuat susulan serbuan oleh pihaknya di sebuah gudang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 19 Mac lalu.

“Gelung besi ini diimport dari sebuah negara di Asia Timur untuk kegunaan sektor pembinaan, namun pengimport membuat ikrar tidak benar pada borang kastam,” katanya.

Kesemua dagangan itu disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI