fbpx

Isu kafir: Fadhlina enggan ulas kenyataan Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Iftar Burung Kecil di Dewan Kompleks Seri Bintang, hari ini. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek enggan mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung isu kafir yang berkait dengan beliau.

Fadhlina sebaliknya, meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan perkara tersebut dan menumpukan kepada amal ibadat sempena 10 hari terakhir Ramadan.

“Saya rasa untuk Ramadan ini lebih baik kita jaga akhlak serta lipat gandakan ibadah. Kepada semua, saya pesan jangan buat fitnah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Burung Kecil di Dewan Kompleks Seri Bintang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Mufti Perlis, Mohd. Asri bahawa melarang menggunakan perkataan kafir secara salah, sangat berbeza dengan mengharamkan perkataan itu disebut.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, ia bukan kritikan kepada kerajaan tetapi kesilapan individu selain menyatakan negara memerlukan individu berkelayakan menguruskan pendidikan merangkumi anak-anak muslim dan bukan muslim.

Sementara itu, mengulas mengenai Majlis Iftar Burung Kecil, Fadhlina berkata, ia adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak kecil yang sedang berlatih untuk berpuasa.

Majlis tersebut dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama FGV Dairy Farm dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Pogram itu turut menyaksikan persembahan bacaan Hadis 40 Imam Nawawi daripada Sekolah Kebangsaan Seri Tasik bagi menghidupkan solidariti untuk Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI