fbpx
Kenyataan yang dimuat naik oleh DUPP di laman Facebooknya, semalam.

Dewan Ulama Pas tegur Nik Zawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menegur Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan berkaitan sejarah Sahabat Rasulullah dalam ceramahnya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd. Nor Hamzah berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut selepas meneliti rakaman ceramah berkenaan.

“DUPP mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah SAW khususnya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman sebelum memeluk Islam.

“Susulan itu, DUPP menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada beliau (Nik Zawawi) agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Dewan Ulamak Pas Pusat semalam.

Tegasnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat yang wajib dimuliakan dan dipelihara kehormatan mereka.

“Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya pada zaman Jahiliah hendaklah disampaikan secara tepat, beradab dan berpandukan disiplin ilmu yang sahih,” katanya.

DUPP turut menzahirkan penghargaan terhadap teguran para ustaz, ustazah serta ilmuwan yang memberikan maklum balas secara ilmiah berhubung isu berkenaan.

Pihaknya turut menyatakan komitmen untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap perkongsian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN