fbpx

Dugong dewasa ditemui mati terdampar di Tanjung Leman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUGONG dewasa bersaiz panjang satu meter yang dipercayai telah mati beberapa hari lalu ditemui terdampar di kawasan pantai berhampiran Tanjung Leman, Kota Tinggi di sini.

MERSING – Bangkai seekor dugong dewasa bersaiz panjang satu meter yang dipercayai telah mati beberapa hari lalu ditemui terdampar di kawasan pantai berhampiran Tanjung Leman, Kota Tinggi di sini.

Bertindak daripada hasil aduan awam pada kelmarin, anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Mersing telah bergegas ke lokasi aduan.

Jabatan Perikanan Negeri Johor menerusi kenyataannya berkata, sampel bangkai dugong tersebut telah pun diambil untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, perairan negeri Johor adalah satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia di mana dugong boleh ditemui.

“Bagaimanapun populasi dugong semakin berkurangan akibat daripada ancaman kehilangan serta kemusnahan habitat dan ekosistem rumput laut.

“Antara tahun 2015 hingga 2022, sebanyak kira-kira 10 kematian dugong, terutamanya anak telah dilaporkan.

“Walaupun tiada data sebenar populasi dugong yang tepat di Kepulauan Mersing, Pertubuhan Penyelidikan MareCet telah menganggarkan populasi dugong hanyalah sebanyak kurang daripada 100 ekor sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, padang rumput laut di Pulau Sibu dan Pulau Tinggi di Johor merupakan kawasan ragut yang penting bagi dugong.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI