fbpx

Tabah, sabar sungguh isteri-isteri Datuk Red!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Red (tengah) kini berdepan dengan masalah kewangan.

MINGGU ini memang macam-macam hal berlaku. Terlalu banyak konflik untuk dihadam dan antara isu paling membuatkan ramai terkejut ialah pendedahan Datuk Red.

Ramai yang terkejut apabila dia memulakan misi mencari peluang pekerjaan dalam media sosial. Iyalah, sebelum ini ramai sangka kehidupannya mewah ditambah pula ada pangkat ‘datuk’.

Diva pun terkejut juga tetapi pujian harus diberikan pada dua isterinya iaitu Datin Red dan Adira Suhaimi kerana menyimpan rapi aib suami mereka. Malah turut menanggung pula Datuk Red sepanjang tempoh lima tahun.

Perit betul kehidupan tetapi ramai kagum dengan dua isterinya, tabah dan sabar.

Ramai juga yang mula membuat andaian bahawa permohonan cerai mereka dua sebelum ini berkaitan isu muflis Datuk Red.

Mungkin mereka ada alasan sendiri yang tak boleh dikongsi kepada umum. Mereka pun sudah berjuang untuk mempertahankan rumah tangga masing-masing dan mungkin jodoh setakat itu sahaja.

Datuk Red pun dah popular sekarang, siap jadi wajah kempen baju raya Jakel lagi. Hebat sangat.

DIVA: Ada yang mengadu Meerqeen masih tak pandai-pandai menjawab soalan wartawan. Betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI