fbpx

Ramadan jadikan Melaka destinasi berbuka, sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHADAN (dua dari kiri) meninjau kenderaan berkonvoi yang datang ke Melaka bagi berbuka puasa dan bersahur. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Lebih 10,000 pelancong domestik berkunjung ke Melaka setiap cuti hujung minggu untuk berbuka puasa dan bersahur sepanjang Ramadan ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, pelbagai kumpulan terutama kelab motosikal seperti skuter, Harley Davidson, Yamaha RXZ, pemilik kereta mewah BMW dan K-Car menjadikan negeri ini sebagai destinasi persinggahan.

Menurutnya, kedatangan pelancong dari Kuala Lumpur, Johor termasuk Singapura itu diluar jangkaan berbanding Ramadan tahun lalu, sekali gus menyemarakkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Promosi hebat sempena TMM 2024 menjadi tarikan kepada pelbagai pihak terutama pemilik motosikal dan kenderaan berkonvoi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang ke Melaka.

“Mereka ini datang sehari semata-mata hendak berbuka puasa dan bersahur bagi kelab motosikal, dengan medan selera di Pasar Borong Taman Merdeka menjadi destinasi.

“Semalam, saya menyambut 2,000 penunggang motosikal Yamaha RXZ datang untuk bersahur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Tabung Solidariti Palestin dan K-Car Ramadan Autoshow Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) 2024 di Jalan Hang Tuah di sini, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI