fbpx

Engku Emran syukur anak bernama Aleesya, Erra yang pilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Engku Emran berkata tugas sebagai ibu bapa tidak mudah namun bersyukur kerana mampu menjalan tanggungjawab tersebut sejak selama 15 tahun kebelakangan ini.

PETALING JAYA – “Terima kasih Erra jadi ibu yang anak kita perlukan.”

Itu antara ungkapan istimewa ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada bekas isterinya juga pelakon, Erra Fazira sempena ulang tahun kelahiran ke-15 anak mereka, Engku Aleesya.

Menurut Emran, tugas sebagai ibu bapa tidak mudah namun bersyukur kerana mampu menjalankan tanggungjawab tersebut sejak selama 15 tahun kebelakangan ini.

“Terima kasih Erra kerana sentiasa menjadi ibu yang anak kita perlukan.

“Bukan mudah menjadi ibu bapa bersama tetapi saya rasa kami sudah melakukan sehabis baik setiap hari,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi momen ketika pemilihan nama Aleesya diputuskan Erra sekitar 15 tahun lalu.

Akuinya, dia dan Erra pernah berbalah mengenai pemilihan nama tersebut.

“Aleesya adalah nama yang dipilih oleh ibunya pada 15 tahun lalu bermaksud ‘yang dilindungi’ dalam bahasa Arab. Aleesya adalah satu-satunya nama yang dia pilih dan saya terpaksa bersetuju.

“Saya masih ingat kami mempunyai bertengkar mengenainya dengan harapan dia akan menawarkan dua lagi nama untuk kami pilih,” katanya.

Dalam masa sama, dia juga yakin bahawa nama Aleesya yang dipilih oleh Erra sangat bermakna buat kehidupan anaknya sehingga hari ini.

Sama seperti bapa lain, dia turut berdoa agar anak tunggalnya itu sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

“Ada istilah bahasa Melayu iaitu ‘naluri seorang ibu’ dan seorang ibu mungkin tahu anaknya memerlukan nama itu.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak perempuan kami sentiasa dikelilingi oleh orang yang sangat menyayangi dan menjaga kesejahteraannya.

“Semoga anak ayah terus dilindungi Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.

“Kadang-kadang apabila saya terlalu risau tentang dia, saya kembali rasa tenang kerana namanya Aleesya,” ujarnya.

Imbas semula, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Namun jodoh mereka tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Lelaki berusia 48 tahun itu juga pernah bergelar suami kepada pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan bercerai pada tahun 2020.

Engku Emran kemudian berkahwin dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila pada Februari 2021 sebelum disahkan berpisah pada September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI