fbpx

Sudah lima hari Muhamad Syafiq hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Syafiq.

TAMPIN – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai orang hilang, sejak lima hari lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Syafiq Salehin, 32, dan menetapkan di Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan.

Menurutnya, kehilangan itu disedari pengadu iaitu isteri lelaki tersebut kira-kira pukul 7 petang, 25 Mac lalu ketika berada di rumah dan suaminya tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum membuat laporan ke balai polis berhampiran.

“Pakaian terakhir yang dipakai oleh suami pengadu ialah t-shirt lengan panjang berwama oren dan seluar panjang biru poket kiri kanan. Pengadu hubungi nombor telefon bimbit suaminya tetapi gagal.

“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut keluar rumah untuk bekerja pada pukul 6.45 pagi di landasan keretapi Batang Melaka-Gemas, hari sama dan kali terakhir dilihat di kawasan kedai makan Majlis Daerah di Kampung Baru Air Kuning Selatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan orang hilang itu diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 064431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI