Peniaga di Jalan TAR, Kuala Lumpur mengeluh apabila orang ramai hanya bertanya harga, namun tidak membeli barangan mereka. – AMIR KHALID

Promosi ‘kaw-kaw’ ancam peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Jenama baju Melayu ternama dan popular buat promosi ‘kaw-kaw’ guna artis serta orang ternama, habis kami, orang tak pandang pun walaupun harga kami lebih murah dan berkualiti,” kata seorang peniaga baju Me­layu yang dikenali Fendi, 51.

Menurutnya, kebanyakan pe­ngunjung yang datang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini hanya bertanya harga tanpa membeli.

Katanya, peniaga kecil sepertinya tidak dapat mengalahkan promosi besar-besaran yang dilakukan pemilik-pemilik jenama terkenal.

Seorang lagi penjual baju Me­layu, Muhamad Iskandar, 26, pula menyuarakan kebimba­ngannya apabila melihat situasi ketika ini yang berlaku di sekitar Jalan TAR dan Masjid India.

Menurutnya, meskipun gaji penjawat awam sudah masuk, namun pengunjung yang datang tidak terlalu ramai.

“Sepatutnya ramai pengunjung akan datang ke untuk membeli pakaian dan sebagainya, tetapi kita tengok tidak ramai pun yang datang,” ujarnya.
Iskandar mendakwa, jualan­nya juga merosot disebabkan persaingan sengit dengan perniagaan lain terutama secara dalam talian.

“Kebanyakan orang zaman sekarang beli online sahaja. Mereka cuma hanya tekan tanpa mengetahui sama ada baju raya itu berkualiti atau tidak,” kata­nya.

Seorang peniaga kuih raya dikenali Aizat, 35, berkata, perniagaannya agak kurang memuaskan ketika ini kerana keba­nyakan pengunjung akan datang pada sebelah petang dan malam.

“Saya harap pengunjung akan lebih ramai pada hari Sabtu dan Ahad minggu ini dan minggu depan sebelum raya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN