fbpx

Kerajaan Persekutuan ambil alih Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar mengenai Perlaksanaan Projek LRT laluan Mutiara Pulau Pinang di Kementerian Pengangkutan, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah meluluskan cadangan pembangunan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerja-kerja pembinaan projek itu disasarkan bermula tahun ini yang dijangka mengambil masa lebih kurang enam tahun dan beroperasi pada tahun 2030.

“Kerajaan akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.

“Jajaran LRT Laluan Mutiara akan bermula dari Pulau Silikon hingga ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan seterusnya menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Perai untuk memberi ketersambungan kepada rangkaian keretapi KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) sedia ada.

“Jarak jajaran dianggarkan lebih kurang 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk 2 stesen pertukaran, iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI