fbpx

Dua rakan didakwa menyamar polis, lakukan rompakan berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

SEREMBAN – Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson dan Sesyen Seremban, di sini masing-masing atas pertuduhan menyamar polis serta melakukan rompak berkumpulan di Taman PD Utama di Port Dickson, minggu lalu.

Di Mahkamah Sesyen, di sini, tertuduh, Halip Khalil, 53 dan Hamymurizal Mohamad, 49, yang hanya bekerja kampung mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama seorang lagi individu yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan dengan merompak laptop, iPad dan dua telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 30 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan Taman PD Utama, Port Dickson, 22 Mac lalu. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,500 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu pengadu.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret Port Dickson, kedua-duanya berpura-pura memegang jawatan sebagai penjawat awam dan berkelakuan seperti itu dengan mengaku sebagai pegawai polis kepada mangsa yang sama.

Bagi kesalahan yang dilakukan pada masa, tarikh dan lokasi yang sama, kedua-dua mereka telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 170 kanun keseksaan dan di baca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama.

Majistret, Uthman Abd Ghani kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI