fbpx

Asid Bongkrek dipercayai punca keracunan restoran Malaysia di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes keracunan daripada asid Bongkrek itu membunuh sekurang-kurangnya dua orang di cawangan restoran berkenaan di Daerah Xinyi. - CNA

TAIPEI – Asid Bongkrek dipercayai punca keracunan makanan di  rangkaian restoran Malaysia, Polam Kopitiam di Taipei, demikian menurut beberapa pegawai.

Menteri Kesihatan, Hsueh Jui-yuan berkata semalam bahawa kes keracunan itu membunuh sekurang-kurangnya dua orang, manakala 12 pengunjung lain yang makan di cawangan restoran berkenaan di Daerah Xinyi telah diberikan rawatan perubatan.

Petang kelmarin Timbalan Menteri Kesihatan, Victor Wang memberitahu, pengunjung yang jatuh sakit dipercayai makan asid Bongkrek.

Asid itu ditemui dalam produk beras yang dicemari bakteria Burkholderia gladioli semasa proses penapaian.

Bagaimana makanan di Poland Kopitiam boleh tercemar masih dalam siasatan namun Hsueh berkata, pihak berkuasa tidak menolak campur tangan manusia secara sengaja.

Semua individu yang jatuh sakit makan di kopitiam tersebut antara 19 Mac hingga 22 Mac lepas dan makan mi beras serta kuetiau diperbuat daripada ramuan sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI