fbpx

“Ada keperluan pinda Seksyen 21”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berpendapat bahawa pihaknya mempunyai keperluan membuat pindaaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967 seperti yang dibentang di Dewan Rakyat.

“Hukuman bagi Seksyen 21 ini dinaikkan sama juga seperti menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Pada saya, sebenarnya Seksyen 21 ini kita (polis) jarang sangat gunakan sebab kita mempunyai Seksyen 186 KK.

“Tiada masalah jika Seksyen 21 ini dipinda. Kita akan pakai dua-dua dan ikut mana yang lebih baik dan afdal. Memang ia ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan pindaan kepada Akta Polis 1967 (Akta 344) bakal melibatkan perubahan terhadap 10 Fasal antaranya membolehkan Yang di-Pertuan Agong menjadi Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen pada 18 Mac lalu, Fasal 4 bertujuan meminda Seksyen 21 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pegawai polis melaksanakan tugas mengiring di jalan awam.

Mana-mana individu yang menghalang, menentang atau melanggar arahan berkenaan boleh didenda sehingga RM10,000 serta penjara sehingga dua tahun berbanding hukuman RM200 dan dua bulan penjara sebelum ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI