fbpx

Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Khatam al-Quran di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail menyampaikan repelika cek sebanyak RM14, 668,900 juta untuk fakir dan miskin Negeri Johor di Masjid Bandar Pontian petang semalam.

PONTIAN – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam berkenaan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Program Membudayakan al-Quran Peringkat Negeri Johor dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di Masjid Bandar Pontian, di sini, semalam.

Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta keluarga DiRaja Johor.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid.

Majlis Khatam Al-Quran pula dipimpin oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Timbalan Mufti, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Sebelum majlis berbuka puasa, Tunku Mahkota Ismail selaku Pengerusi MAIJ menyerahkan kurniaan zakat kepada para asnaf dan golongan yang memerlukan.

Antara penerima ialah bantuan bagi fakir dan miskin negeri Johor sebanyak RM14,668,900 Yayasan Raja Zarith Sofia Negeri Johor (RM500,000), Yayasan Sultan Ibrahim Johor (RM500,000), Persatuan Veteran Polis (RM50,000) dan Persatuan Veteran Tentera (RM50,000)

Turut menerima sumbangan Tabung Pembangunan Masjid Surau dan Pengurusan Tanah Perkuburan Johor (RM2 juta), Hospital-Hospital Kerajaan Negeri Johor (RM600,000) dan Bantuan Kasih Johor (RM3 juta).

Selepas solat maghrib, Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda menyertai majlis santapan bersama-sama tetamu dan orang ramai yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI