fbpx

RM30.07 juta untuk kemudahan tabika, taska perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron Ago (dua dari kanan) bersama murid yang mendapat sumbangan daripada JPNIN di Rumah Pangsa Impian, Kuala Langat, hari ini-Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA LANGAT- Kementerian Perpaduan Negara telah memperuntukan RM30.07 juta bagi menyediakan kemudahan kepada 37,000 murid Tabika dan Taska Perpaduan setakat ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan tersebut digunakan bagi membeli peralatan dan pakej perlindungan kesihatan kepada mereka seperti buku aktiviti, perlindungan insurans, baju seragam, Bantuan Makanan Tambahan (BMT) dan lain-lain lagi.

“Untuk BMT, sejumlah RM25.87 juta diperuntukkan bagi memastikan semua murid mendapat makanan yang seimbang.

“Manakala sejumlah RM370,000 diperuntukkan bagi Perlindungan Insurans Kemalangan Diri Berkelompok,” katanya selepas program Cilik Perpaduan Kembali Ke Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan 2024 di Rumah Pangsa Impian, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, seramai 36,000 murid belajar di 1,781 buah Tabika Perpaduan manakala 1,000 murid pula belajar di 41 buah Taska Perpaduan, ketika ini.

Dalam pada itu, Aaron Ago berkata, kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut membiayai akses internet kepada 801 buah Tabika dan Taska Perpaduan dengan kos RM1.04 juta setahun pada ketika ini.

“JPNIN akan menyediakan kemudahan internet kepada baki kepada baki 1,021 buah pusat pendidikan pada akan datang, dengan kos berjumlah RM1.39 juta.

“Kita juga bercadang untuk menambah pusat pendidikan ini di seluruh negara untuk memberi lebih akses pendidikan awal kepada kanak-kanak di negara ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI