fbpx

Mahkamah: Suri rumah didakwa curi barang pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasyidah (kiri) didakwa mencuri barangan bernilai keseluruhan RM539 di sebuah pasar raya besar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah berdepan hukuman penjara selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri barangan termasuk pakaian bernilai RM539 di sebuah pasar raya besar di sini Ahad lalu.

Tertuduh, Rasyidah Ramly, 46, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Wanita itu didakwa mencuri 47 jenis barang bernilai RM539 pada pukul 3.30 petang, 23 Mac lalu di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini.

Perbuatan Rasyidah yang ketika itu sedang menolak sebuah troli penuh berisi barang dikesan seorang pengawal keselamatan.

Tertuduh yang gagal mengemukakan resit pembelian kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor, manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Hanis Mohd. Zaini daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Difahamkan Rasyidah baru selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan sama di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI