fbpx

KPDN gempur gudang simpan barangan elektronik tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak membuat pemeriksaan dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Demak Laut Industrial Park kerana disyaki menjual barangan elektronik kenderaan tiruan.

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebanyak 902 unit barangan elektronik kenderaan tiruan daripada sebuah gudang di sini.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic berkata sitaan itu dibuat dalam serbuan ke atas gudang terbabit di Demak Laut Industrial Park, semalam.

“Kesemua barangan elektronik kenderaan itu dianggarkan bernilai RM442,977 yang terdiri daripada pelbagai jenis barang iaitu Android Car Player, Dashcam dan pembesar suara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan yang dijalankan oleh KPDN Sarawak bersama wakil pemilik cap dagang menerusi aduan yang diterima itu turut menahan seorang wanita tempatan yang mengaku sebagai penyelia premis berkenaan.

“Ini merupakan nilai rampasan tertinggi tahun 2024 bagi kes Akta Cap dagangan 2019,” katanya.

Matthew berkata kes akan disiasat bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI