fbpx

Bom petrol KK Mart: Pelaku naik kenderaan gelap pelekat Lalamove

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja KK Mart menunjukkan lokasi botol dipercayai bom petrol yang dibaling di kedai serbaneka tersebut di Jalan Bruseh, Bidor pagi tadi. - Foto MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM/ KOSMO!

IPOH – Penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor yang dibaling objek berisi minyak tanah hari ini, telah mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap yang mempunyai pelekat Lalamove berwarna merah.

“Kereta dinaiki suspek telah berhenti di tepi jalan di mana seorang lelaki dilihat turun dari kenderaan dan membaling botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai. Suspek kemudiannya dilihat beredar menaiki kenderaan sama,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI