fbpx

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 1 April depan kecuali Seksyen 4, 14, 26 dan 28.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, akta baharu ini merupakan usaha SSM bersama kementeriannya untuk menambah baik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016.

“Akta Syarikat (Pindaan) 2024 mempunyai dua objektif utama iaitu memperkukuhkan kerangka rehabilitasi korporat dengan memudahcara syarikat yang menghadapi masalah kewangan, menyokong pemulihan ekonomi negara agar terus berdaya saing terutama dalam era pasca pandemik Covid-19.

“Kedua, mempertingkatkan elemen ketelusan dalam ekosistem sektor korporat di Malaysia melalui penambahbaikan pelaporan pemunyaan benefisial.

“Akta ini juga mengandungi 31 fasal terdiri daripada empat kluster polisi,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan SSM Customer Care (SSMCC) di sini, hari ini.

SSMCC merupakan pusat panggilan SSM yang dijenamakan semula selari dengan teras strategik suruhanjaya itu iaitu mengoptimumkan penambahbaikan proses, memupuk budaya kerja cemerlang dan menyediakan persekitaran perniagaan dipercayai.

Selain itu, ia juga sejajar dengan inovasi perkhidmatan dan produk SSM yang berkembang mengikut kehendak pelanggan.

Dalam perkembangan lain, Armizan berkata, setakat data yang dikemas kini pada 24 Februari lalu, sebanyak 1.5 juta syarikat telah berdaftar dengan SSM dan daripada jumlah tersebut lebih 600,000 syarikat aktif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI