fbpx

Sultan Ibrahim teruskan tradisi utus kad ucapan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menandatangani sebanyak 200 kad ucapan Aidilfitri. -FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menandatangani kad ucapan Aidilfitri sempena ketibaan Syawal, bulan depan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani sebanyak 200 kad ucapan.

“Seri Paduka Baginda amat gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional kerana ia lebih mengeratkan hubungan antara istana dan rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengutus kad ucapan Aidilfitri kerana ia bukan sahaja lebih unik dan istimewa, malah sangat klasik,” kata hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI