fbpx

Simon Harris bakal PM termuda Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris bakal menggantikan Leo Varadkar sebagai Perdana Menteri Ireland. - DAMIEN EAGERS/EPA-EFE/REX/SHUTTERSTOCK

DUBLIN – Simon Harris dipilih menjadi pemimpin baharu Parti Fine Gael sekali gus membuka ruang bagi lelaki berusia 37 tahun itu untuk menjadi Perdana Menteri termuda Ireland, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

Harris, yang merupakan menteri kerajaan Ireland, ialah satu-satunya calon untuk mengetuai kepimpinan parti.

Beliau menggantikan Leo Varadkar, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin parti tersebut dan Perdana Menteri pada Rabu minggu lalu.

“Menjadi pemimpin Parti Fine Gael adalah satu penghormatan hidup buat saya,” kata Harris.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada parti berkenaan dan mereka yang memilih serta mempercayainya sambil menambah, beliau akan membalas kepercayaan itu dengan kerja keras.

Harris dijangka tidak akan membuat sebarang keputusan muktamad mengenai kabinetnya sehingga Dail (Parlimen Ireland) kembali bersidang pada 9 April ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI