fbpx

79,483 wanita dapat manfaat WCaRe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 79,483 wanita di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20,793 atau 21.2 peratus daripadanya adalah penduduk luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu seramai 8,789 wanita merupakan penduduk Sabah dengan 46.5 peratus daripadanya adalah wanita luar bandar.

“WCaRe memayungi program saringan kanser servik dan program subsidi ujian mamogram yang bertujuan meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser servik dan kanser payudara.

“Ia juga sekali gus meningkatkan jumlah wanita yang tampil untuk menjalani saringan ini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris berhubung keberkesanan kempen WCaRe dalam menyedarkan golongan wanita untuk menjalani ujian awal penyakit berkenaan, khususnya wanita luar bandar di Sabah.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang pelaksanaan WCaRe bermula 2019 hingga Disember 2023, seramai 6,021 wanita di Sabah telah mendapat manfaat menerusi semua program bantuan yang telah dijalankan melalui pelbagai kolaborasi dengan agensi lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI