fbpx

PRN Sabah: Jangan keluar kenyataan mengelirukan semua pihak – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan sumbangan sempena Majlis Penyampaian Bakul Makanan sempena Ramadan di Masjid Kampung Seliau, di Rantau, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan mana-mana pemimpin parti politik khususnya di Sabah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Mohamad berkata, langkah itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan pihak lain dan sewajarnya segala keputusan berkenaan hala tuju parti perlu dibuat serta diputuskan oleh ibu pejabat terlebih dahulu.

“Setahu saya belum ada apa kata putus (PRN), pilihan raya pun belum tahu bila dan sama ada BN (Barisan Nasional) Sabah nak berdiri sendiri ataupun nak bekerjasama dengan mana-mana parti, kita (ibu pejabat) menunggu cadangan BN Sabah itu dahulu.

“Walaupun UMNO Sabah ada autonomi mentadbir (negeri), tetapi dalam soal pilihan raya dia (UMNO) perlu mendapat kelulusan daripada ibu pejabat… ibu pejabatlah yang akan menentukan hala tuju parti kita BN yang bertanding bukan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Bakul Makanan sempena Ramadan di Masjid Kampung Seliau, di Rantau, hari ini.

Sabah dijadual mengadakan PRN pada 2025 walaupun terdapat jangkaan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mungkin mengadakan pilihan raya dalam tahun ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menasihatkan kepimpinan UMNO dan parti-parti komponen BN di Sabah untuk berbincang untuk kebaikan bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI