fbpx

Makruh, kurang pahala jika dibiarkan saf lompong – Mufti Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di media sosial yang memperlihatkan saf jemaah wanita lompong.

PETALING JAYA – Perbuatan tidak memenuh dan merapatkan saf semasa solat berjemaah sama ada solat fardu atau solat sunat tarawih adalah makruh.

Malah jelas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah, perbuatan melompongkan saf ketika solat berjemaah juga boleh mengurangkan pahala.

“Merapatkan serta memenuhkan saf ketika menunaikan solat berjemaah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.

“Perkara tersebut sangat diutamakan dalam melaksanakan solat berjemaah,” kongsinya di laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan semalam.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, semua jemaah perlu mengambil berat tentang keperluan memenuhkan serta merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid.

“Perkara tersebut perlu ditambah baik oleh jemaah dari semasa ke semasa selain menambah pemahaman jemaah bahawa merapatkan serta memenuhkan saf itu perkara yang sangat digalakkan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, ada segelintir jemaah wanita sengaja melompongkan saf semasa solat berjemaah di masjid.

Antara alasan mereka melakukan perbuatan demkian adalah kerana malas bangun angkat beg dan tidak mahu menukar sejadah.

Perkara itu dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Zamir Mohyedin yang menjelaskan tentang punca utama jemaah wanita meninggalkan lompong dalam saf adalah kerana sikap dan keengganan mereka sendiri semasa solat berjemaah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI